Wednesday, October 14, 2009

Apa Ejen Hartanah Buat???


SEDIKIT INFO (Saya copy paste dari blog Rescom Realty)
>>>> Seperti juga rakan2 seperjuangan saya, soalan ini sering diasak oleh pelanggan-pelanggan kami, terutamanya penjual/pemilik hartanah; sebagai ejen hartanah, apa yang anda lakukan?
  • Kami merupakan ‘consultant’ bagi kedua-dua pihak penjual dan pembeli.
  • Memberi nasihat kepada pelangan kami berkenaan prosedur yang perlu dipatuh, pinjaman yang sesuai, masalah-masalah yang biasa berlaku khususnya kes-kes tertentu yang jarang diketahui oleh penjual.
  • Memberikan maklumat penyelesaian yang sesuai bagi rumah-rumah yang bermasalah dari segi hak milik, kes pusaka, pemilikan ramai dan macam-macam lagi.
  • Kami menjalankan aktiviti marketing melalui kaedah-kaedah yang sesuai untuk rumah-rumah tertentu. Ini merupakan kepakaran kami yang paling penting.
  • Kami diberi lesen untuk memegang duit booking sebagai Pemegang Amanah bagi menjamin ketelusan dan mengurangkan kerugian di pihak pembeli dan penjual.
  • Kami menasihati pelanggan kami berkenaan harga pasaran semasa dan harga yang sesuai untuk hartanah yang hendak dijual.
  • Kami menasihati pelanggan kami berkenaan persediaan yang perlu dilakukan oleh penjual terhadap hartanah yang hendak dijual.
  • Membawa pembeli untuk melihat hartanah yang hendak dijual.
Lebih info akan saya kongsikan dengan anda semua, Insyaallah.... Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

2 comments:

  1. Puan dah berapa lama jadi ejen hartanah nie? Saya dapat website puan dari tulisan Dr Azizan di Harian Metro. Menarik juga cerita puan kt dalam tu. Agaknya sy pun sesuai sebagai ejen hartanah. Dah mcm2 cuba, masih tak tercapai apa yg dihajatkan.

    ReplyDelete
  2. betul...saya pon dapat dr wbsite dr azizan, sy pon minat nak jinak2 dalam bidang hartanah ni...

    ReplyDelete