Monday, October 12, 2009

Sekapur Sireh Dari Admin

Assalamualaikum WBT & Salam hormat, salam sejahtera....

Saya merupakan Perunding Hartanah yang berdaftar dengan syarikat Rescom Realty, sebuah agensi hartanah yang berlesan.

Menceburi bidang ini atas minat yang berdalam dan inisiatif  saya terhadap masyarakat. Ini kerana saya sedar betapa pentingnya keperluan asas yang satu ini, iaitu tempat tinggal. Bidang ini memberi peluang kepada saya untuk mengenali ramai orang, serta menemui pelbagai jenis ragam manusia. Apa salahnya jika ia mampu menambah nilai tahap kematangan diri saya sendiri, disamping menambah kenalan serta memperluaskan jaringan perniagaan ini mahupun yang sedia ada.

Kepada mereka yang mencari rumah atau hartanah, saya berharap saya dapat membantu anda semua dengan mendapatkan hartanah yang terbaik, seperti yang diidamkan. Peluang yang sangat bagus juga saya tawarkan kepada pemilik hartanah yang ingin menjual ataupun menyewakan hartanah mereka. Ini kerana saya akan sedaya upaya memenuhi kehendak dan permintaan anda dengan servis yang cemerlang, serta caj yang berpatutan. Rundingcara dengan saya amat mudah kerana saya akan bertolak ansur serta mengutamakan anda sebagai pelanggan dan prospek saya.

Saya tidak memberikan apa-apa jaminan kepada anda, tetapi saya pasti saya akan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai matlamat anda, samaada sebagai penjual ataupun pembeli. Saya mempunyai jaringan kenalan dan perniagaan yang sangat baik dan luas, komunikasi yang bagus dan saya sangat komited dengan kerja-kerja yang diamanahkan, Insyaallah.

Sebagai perunding hartanah, saya bersedia menyediakan anda seberapa banyak maklumat atau info mengenai hartanah anda, asalkan ianya mampu selesaikan masalah anda. Khidmat nasihat dan rundingcara adalah percuma.

Saya sangat berbesar hati sekiranya dapat bekerjasama dengan anda, hari ini atau masa-masa akan datang.
Terima kasih di atas jasa baik dan sokongan anda yang tdak berbelah bagi. Semoga saya dan anda sama-sama berjaya, dunia akhirat. Aminn....

Salam hormat,
Azie
Property Negotiator
VE(3)0217

No comments:

Post a Comment