>>>> Seperti juga rakan2 seperjuangan saya, soalan ini sering diasak oleh pelanggan-pelanggan kami, terutamanya penjual/pemilik hartanah; sebagai ejen hartanah, apa yang anda lakukan?
- Kami merupakan ‘consultant’ bagi kedua-dua pihak penjual dan pembeli.
- Memberi nasihat kepada pelangan kami berkenaan prosedur yang perlu dipatuh, pinjaman yang sesuai, masalah-masalah yang biasa berlaku khususnya kes-kes tertentu yang jarang diketahui oleh penjual.
- Memberikan maklumat penyelesaian yang sesuai bagi rumah-rumah yang bermasalah dari segi hak milik, kes pusaka, pemilikan ramai dan macam-macam lagi.
- Kami menjalankan aktiviti marketing melalui kaedah-kaedah yang sesuai untuk rumah-rumah tertentu. Ini merupakan kepakaran kami yang paling penting.
- Kami diberi lesen untuk memegang duit booking sebagai Pemegang Amanah bagi menjamin ketelusan dan mengurangkan kerugian di pihak pembeli dan penjual.
- Kami menasihati pelanggan kami berkenaan harga pasaran semasa dan harga yang sesuai untuk hartanah yang hendak dijual.
- Kami menasihati pelanggan kami berkenaan persediaan yang perlu dilakukan oleh penjual terhadap hartanah yang hendak dijual.
- Membawa pembeli untuk melihat hartanah yang hendak dijual.